Sabtu, 12 Januari 2019

RESEPI AISKRIM BR31

*VIDEO REVIEW*
Image result for ICE CREAM




                ‘Sedapnya kalau dapat makan aiskrim pada cuaca yang panas dan terik ni. Jom kita pergi cari aiskrim.’Begitulah ungkapan yang sering didengari apabila berjalan santai untuk berseronok.Ramai yang menghadapi situasi ini pasti akan mencari gerai menjual air minuman bagi menghilangan dahaga dan menyejukkan badan.Tetapi, jikalau ingin rasa sesuatu yang berlainan sedikit, pasti akan mencari aiskrim kerana rasa manis dan berlemaknya yang menggiurkan dan menambat hati setiap orang.Ada 7 jenis kategori aiskrim iaitu hard aiskrim, soft aiskrim,aiskrim Malaysia,popsicle,aiskrim gulung,aiskrim gelato dan ais batu campur(hehehe).








                    Pada hari ini,saya akan berkongsi cara pembuatan soft aiskrim(favorit saya) aka Mcflurry celup(hahaha).Aiskrim ini amat enak dan lembut dan memerlukan hanya 4 sahaja bahan asas untuk menghasilkan aiskrim ini.


Cara penghasilan aiskrim ini

Bahan- Bahan :

1. 1/2 tin susu pekat( sukatan ikut tahap kemanisan yang diidamkan dan kuantiti yang    diimpikan)

2. 11/2 gelas susu cair( saya lebih suka menggunakan susu sejat dengan kuantiti yang sama pada susu pekat)

3. 1 sudu besar ovalette( pastikan yang halal sahaja tau)

4. Sedikit esen vanila

5. Bahan perasa(mengikut acuan masing masing)

6. Cadangan-Sedikit perasa strawberi dan 2 sudu besar jem strawberi(x perlu esen vanila)


Penyediaan Aiskrim Ori :

1) Putar susu pekat, susu cair, ovallette dan esen vanila hingga gebu.

2) Masukkan dalam bekas dan masukkannya ke dalam peti sejuk bahagian sejukbeku

3) Sedia untuk dimakan bersama-sama ibu bapa,ahli keluarga, sahabat handai dan kekasih yang tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers