Sabtu, 12 Januari 2019

KUIH APAM LENGGANG


Image result for kuih apam lenggang



        Pada resepi kali ini, saya akan berkongsi satu masakan ataupun pencuci mulut tradisional yang terkenal di Negeri Kedah iaitu kuih apam lenggang dan dikenali oleh masyarakat sini sebagai peknga. Juadah ini selalu dijadikan untuk sarapan pagi dan minum petang seisi keluarga. Juadah ini semakin dilupai oleh masyarakat walaupun cara pembuatannya amat mudah sekali dan disebabkan itu jarang sekali kita melihat peknga dijual di pasar malam. Juadah ini kelihatan seperti tosai tetapi perbezaannya adalah juadah ini tiada inti dan hanya dimakan begitu saja. Malah rasa juadah ini amat manis dan cukup berlemak yang boleh menyebabkan terukirnya senyuman manis seseorang.
#memang_layan_abis



BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum atau boleh ditukar dengan tepung beras
- 2 sudu teh yis kering
- 1 biji telur
- Santan
- Air suam
- Gula (suka hati)




Image result for kuih apam lenggang



Langkah-langkahnya
1. Campur dan gaulkan tepung, yis, gula dan air hingga sebati (air sedikit
    sahaja)

2. Tutup bekas dan biarkan lebih kurang 1/2 jam. (hingga doh naik)
3. Selepas itu masukkan sebiji telur dan santan ke dalam adunan tersebut
    (Adunan jangan terlalu cair)    
4. Gaulkan sehingga sebati.
5. Adunan sedia untuk dimasak.

6. Sendukkan adunan dan tuangkan dalam kuali (sapukan sedikit minyak pada
    kuali supaya tidak melekat).

7. Tutup kuali dengan penutup supaya ia cepat masak.
8. Bila dah masak angkat dan lipat dua.
9. Sedia untuk dihidangkan.

#Boleh mencuba resepi ini dan hidangkan kepada orang yang tersayang.J
SEKIAN, untuk kali ini.


*VIDEO REVIEW*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers