Rabu, 5 Jun 2013

Cara merawat Kurap Kucing.(Copy Paste)

Salam. 

Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
 

Luar rumah ada kucing kurap? 

Cuba tengok di luar rumah tuan, adakah terdapat kucing yang sakit seperti ini? 

Gambar 1
 
Sebenarnya ada satu lagi gmbr lagi teruk lagi dari yang atas ni.
Gambar ini dipetik dari http://honeybeesyue.blogspot.com 

Jika ada, maka inilah peluang anda untuk masuk ke syurga secara percuma (atau paling mahal pun tak sampai RM50.00). 

Kucing sedang azab menanggung kesakitan dan hampir mati 
Kucing yang merana akibat jangkitan kurap yang kritikal seperti Gambar 1, atau mungkin lebih teruk dari ini - biasanya akan diabaikan oleh masyarakat dan akan mati dalam keadaan azab! 

Soalan:

Jika 100% badan kucing dipenuhi kurap,
dan habis bulunya telah luruh,
dan badannya berketul-ketul,
dan mulutnya sudah tidak boleh makan atau minum dengan baik,
dan kucing itu sangat sakit dan lemah,
masih adakah peluang kucing itu untuk hidup dan kembali sihat?
 

Jawapan: InsyaAllah! Ya, kucing kurap yang kritikal masih boleh dirawat dan kembali normal dalam tempoh 3-6 minggu! 

Saya pernah merawat 2 ekor kucing (ibu dan anak) yang mengalami masalah kurap yang sangat kritikal, lebih teruk dari Gambar 1. Berjalan pun tidak berapa larat, tidak boleh makan/minum dengan baik dan mata pun hampir tertutup di sebabkan jangkitan kurap di seluruh badan dari hujung hidung sampai ke hujung ekor! 

Kucing-kucing tersebut tinggal di rumah seorang jiran. Bukan kucing jiran, tapi kucing terbuang yang menumpang teduh di rumahnya. Jiran saya telah cuba merawat secara luaran, dimandikan dan disapu minyak gamat. Namun, keadaan kucing-kucing tersebut semakin kritikal hari demi hari. Nak buang tak sampai hati katanya.. kesian dan sangat kesian.. Kalau ikut kebiasaannya, kucing yang sakit seperti ini akan mati akibat kelaparan dan menanggung sakit - tak perlu tunggu lama! 

Saya bukan doktor! Bagaimana hendak rawat? 

Ya! Saya bukan doktor atau MA atau misi. Tapi saya yakin, jika kita berfikir sejenak dan mencari jalan, InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian. Man jadda wajada! 

Saya bertekad untuk merawat kucing ini tanpa pengetahuan jiran, sekurang-kurangnya ada sedikit usaha sebelum kucing-kucing ini mati. 

Tapi bagaimana nak buat? Kurap telah membuat kucing-kucing ini sangat sakit, jijik dan amat menjijikkan sehingga saya yang sangat mesra kucing pun geli-geleman nak menyentuhnya! Lagipun ini kucing orang lain - menyibuk tak tentu pasal la pulak.. 

Kena ubah strategi! 

Mmm.. 
Nak suruh jiran hantar klinik haiwan, nanti apa kata dia.. 
Nak suruh dia beli ubat, berapa kosnya? Pandai ke dia? 
Nak pegang - eeiii.. gelinyaa.. 
Nak bawak balik rumah - nanti bini bising la pulak! 

Nampaknya rawatan luaran dah tak berkesan. Ni mesti kena bagi ubat makan atau suntik ni! 

Kebetulan satu hari, saya singgah di Klinik Haiwan Daerah Kemaman. Terus ke bilik rawatan dan bertanya petugas kesihatan bagaimana nak rawat kucing kurap, tapi kucing tak bawak. Mengapa tak bawak? Kucing jiran.. Ooo.. dia faham dan terus bagi ubat suntikan untuk dos tertentu. 

Rawatan suntikan 

Untuk rawatan kurap yang kritikal, dos suntikan adalah seperti berikut: 

Nama ubat: Minta maaf, saya tak ambil nama ubatnya - boleh refer kepada klinik haiwan. 
Dos: 0.1 ml/kg berat kucing. 
Kekerapan: Sekali seminggu untuk 2 minggu (2x suntik sahaja) 
Kos rawatan: DIY - RM10.00 untuk 2 ekor kucing! 
Cara suntikan: Dilute dos ubat dengan sedikit air. Cubit kulit belakang kucing dan cucuk jarum suntikan ke bawah kulit. Suntik ubat secara perlahan. 

Lepaskan kucing - anda akan melihat kucing itu berguling-guling menahan kesakitan akibat ubat ini - tapi ini kesan sementara sahaja. Nasib baik jiran saya takda kat rumah masa tu! Twisted Evil 

Selepas seminggu, sekali lagi saya tangkap kucing-kucing tersebut. Kali ini jiran saya ada di rumah. Buat apa tu? Cucuk ubat! Jiran saya hairan.. bila masa jadi doktor? Bukan diktor, bidan terjun! 

Minggu ke-3, semua kurap telah luruh. Bulu-bulu telah tumbuh kembali. Kucing-kucing kembali aktif dan berselera untuk makan. 

Alhamdulillah, kucing yang nazak telah kembali sihat. 

Man jadda wa jada! 

Ubat makan - Ketoconazole 

Jika kucing anda masih boleh makan dan anda malas nak cuci kurapnya dengan ubat sapu atau antiseptik, maka ketoconazole la jawapannya! 

Apa itu ketoconazole? Ketoconazole adalah ubat pil untuk merawat penyakit kulit akibat fungus seperti kurap dan panau bagi manusia! 

Di mana boleh beli? Hampir semua farmasi ada menjualnya - cuma perlu tahu dan tanya! Tak mahal pun, kalau tak silap dalam RM1/biji untuk ketoconazole 200mg - lebih kurang lah. 

Sebiji ketoconazole 200mg hendaklah dibelah 6 - iaitu dalam 30mg/bahagian. 

Dos: 10-15mg/kg berat kucing 
Kekerapan: Sekali sehari untuk 6 hari. Jika tak baik juga, tambah 7 hari lagi. 

Peringatan: Jangan bagi 1 biji 200mg sekaligus, nanti kucing hilang selera makan, muntah dan mungkin mati! 

Sila rujuk http://www.showcatsonline.com/x/ketoconazole-and-ringworm.shtml untuk dos yang sesuai! 

Kebiasaannya, saya beri 3 hari sahaja sebab kucing saya memang susah makan ubat! Bila kita bubuh ubat dalam mulutnya - dia ludah balik! Klepuk! klepuk! saya taji kepada dia - susah sangat makan ubat! Meoowww!!! Melawan la tuu... 

Cecair antiseptik (Dettol atau seangkatannya) 

Untuk kurap yang tidak serius atau luka-luka kecil, maka boleh sembur dengan cecair antiseptik sahaja. 

Dos: Cairkan 1 bahagian larutan antiseptik (Dettol/Pathol dsbnya) dengan 2 bahagian air. Simpan dalam botol spray (botol plastik air wangi pun jadi - janji boleh spray) 

Bila tuan-tuan nampak telinga kucing ada tanda-tanda kurap, tangkap kucing dan spray kat telinga. Awas! Jangan kena mata kucing - sangat pedih dan memedihkan. Kalau nak tahu, try sembur kat mata sendiri! Laughing Laughing 

Sembur untuk beberapa hari, InsyaAllah hilanglah kurapnya. 

Minyak gamat 

Minyak gamat lebih selamat untuk kucing - selamat jika dijilat atau tertelan, lagipun tidak memedihkan mata. 

Saya tidak mengamalkannya, tapi jiran saya selalu bubuh kat kucing dia. Kira boleh la tuu.. 

Tetapi, cecair antiseptik dan minyak gamat hanya sesuai untuk kurap yang 'lembut' sahaja. Jika kucing mengalami kurap yang kritikal, maka kaedah suntikan dan ketoconazole adalah cara terbaik. 

Wallahu a'lam 

Kesimpulan 

Rawatlah kucing yang sakit dengan sikap berperikemanusiaan. 

Berbalik kepada hadis di atas, maka renungkanlah diri kita berbanding pelacur tersebut. Adakah kita lebih teruk dari pelacur? 

Jika jawapannya tidak, maka tersenyumlah wahai tuan-tuan. Jika pelacur pun boleh diampunkan oleh Allah, maka kita berdoalah agar Allah mengampuni dan merahmati hidup kita - semoga kita kembali kepada Allah dengan penuh redhaNya. 

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers