Jumaat, 9 Oktober 2015

Kamera Asus Zenfone 6

Assalammualaikum.

Ok ni Admin yang tangkap sendiri. Tak ada edit, original punya. Kamera Asus Z6 ni 13MP. Not bad la kan. 



Sabtu, 3 Oktober 2015

Jom belajar Bahasa Inggeris Dengan Cepat

Assalammualaiku.
       Jom belajar bahasa inggeris. Bahan semua dapat dari Facebook. Sekarang ni bahasa inggeris merupakan bahasa yang paling utamakan ? Haha. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.





Program Amali Haji Perdana Peringkat Daerah Kluang Johor.

Assalammualaikum.

      Pada 15 September 2015, Admin sudah menyertai program Amali Haji ini selama 2 hari di SM SAINS JOHOR. Setiap sekolah di daerah Kluang terlibat kecuali sekolah yang tak ada pelajar islam dan setiap sekolah hanya boleh menghantar 10 peserta. Ok lah dapat kawan baru.
      First day, kena pergi Masjid Jamek Kluang untuk pendaftaran , ceramah dan pengajaran memakai pakaian ihram. Dia cakap kita orang laksanakan haji Tamatuk.  Dekat situ lah laksanakan wajib umrah pertama iaitu Niat Di Miqad kan ? ahahaha. Pastu naik bas pergi SMSJ sambil diiringi beberapa buah kereta dan motorsikal polis. Wahh, serius macam VIP. Hahaha. Sampai sahaja kat sekolah tu, dapat ceramah cara tawaf. Kemudian tawaf dilakukan. Lepas tawaf terus prgi buat saie. 

Ni masa nak pergi SMSJ
Yeah! Dah sampai SMSJ
Ceramah lagi sikit.
Turun ke padang nak tunaikan tawaf.
Ni la fake Kaabah yang digunakan.
Pusing jangan tak pusing
Saie 
Saie.
Malam tu pergi Surau SMSJ tunaikan solat maghrib. Dapatlah bergaul dengan budak SMSJ ni.Jam 8.00pm naik bas lagi pergi Stadium Kluang buat wukuf di padang Arafah la kononya. Kat stadium solat isya. Boleh pulak time tu ada pasar malam, mana ada tak jadi tumpuan orang.Lepas tu pergi Tasik Kluang aka Muzdalifah. Kutip batu. Tapi admin dah kutip batu siap siap dah kat rumah 70 puluh biji. Lepastu balik SMSJ balik lontar jamrah. Lepastu bercukur. And then bebas tak perlu lagi pakai pakaian ihram . Lol.
Kat Stadium
Kat Tasik.
Pagi keesokannya, bangun pukul 4am. Semua dah beratur kat tandas luar asrama.Tak ada siapa pun guna tanda dalam asrama. Tapi admin and the geng masuk je kawasan asrama mandi kat sana. Huhuhu. Selepas siap siap, pergi surau. Wah kagum, pelajar SMSJ dah ada dulu baca Al-Quran.Sentap sikit.Hahaha. Malas la nak taip. Ringkaskan je lah.Lepastu jamrah,tawaf,saie,cukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers