Isnin, 24 Jun 2013

Cara Menganyam Ketupat

Assalammualaikum
Dari dulu lagi try nak belajar buat ketupat tapi tak reti-reti. Mungkin tangan aku tak cukup besar kot..tak pun tak de bakat nak buat ketupat ni (alasan semata-mata). Padahal bila tengok dalam gambar ada 12 steps je dah boleh siap.
Kalau setakat isi beras dalam ketupat aku reti la, tak pun makan ketupat di hari raya. Kalau nak buat ketupat macam dah putus asa je. Boleh jadi bentuk bola, silap-silap sampai dah raya ketupat tak siap-siap lagi. Nasib baik, balik kampung ketupat dah siap masak. Tunggu masa makan je la :)
Nota : Saja nak share gambar..aku rembat dari laptop akak aku..nak sambung tidur balik la..selamat hari raya aidilfitri semua..Dah raya ker hihi!
Tak puas dengan gambar, boleh tengok video sekali. Mana tau tiba-tiba jadi pulak tahun ni.

My BFF?

Bukan GF eah hanya kawan.

Nama:Nur Farwizah Bt Abdul Rahman
Umur: 14 (2013)
Tarikh lahir: 6.12.1999
Tempat Lahir: Hospital Sultanah Aminah
Hobi: Baca buku dan menghafal surah
Cita-cita: Doktor
Bersekolah di: MRSM Muar (2013)
Mula berkenalan :2012 (6 Mutiara)



Ahad, 23 Jun 2013

Sangkar kucing

Assalammualikum

Example
Example
Ni la sangkar yang saya buat untuk kucing saya.Enjoyyy

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan ( ramai pun boleh )

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 paket biskut marie

Cara-cara

  1. pukul telur mentega sehingga kembang
  2. sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur
  3. kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika
  4. pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati
  5. masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk. sedia untuk dihidangkan

Peanut Butter Cookies

Resepi ke-3.My favourite.Sedap gila

Bahan-bahan ( <20 biji )

  • 1 cawan Peanut Butter (Mentega Kacang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 4 oz Coklat (dicairkan)
  • 1/2 cawan kacang yang dicincang

Cara-cara

  1. Gaulkan Peanut Butter, gula, dan telur sehingga sebati
  2. Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit
  3. Keluarkan dan adun adunan menjadi 20 biji bola kacil
  4. Letakkan di atas tin pembakar. Jarakkan bebola lebih kurang 2 inci
  5. Dengan menggunakan garfu, tekan bebola untuk menjadi criss-cross pattern
  6. Bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180 degree Celcius
  7. Sejukkan di atas wire mesh selama lebih kurang 5 minit sementara mencairkan coklat
  8. Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan kemudian celup ke dalam kacang yang telah dicincang
  9. Letakkan di atas kertas minyak dan sejuk bekukan di dalam peti ais
  10. Peanut Butter Cookies sudah sedia untuk dimakan.

Resepi Kuih Sarang Semut

Resepi ke-2 tahun ni.Resepi kuih sarang semut ni boleh tahan sedap dia.Sayapun suka jugak sebenarnya hihi.

Bahan-bahan ( <50 biji )

  • 6 oz mentega
  • 4 oz icing sugar
  • 6 oz tepung gandum
  • 4 oz tepung custard
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu vanilla
  • secukup chocolate rice
  • secukup paper cup
  • secukup "edible" manik (sebagai hiasan)

Cara-cara

  1. Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan uli hingga sebati.
  2. Parutkan adunan ini dan masukkan ke dalam paper cup.
  3. Taburkan chocolate rice diatasnya dan letakkan sebiji manik.
  4. Bakar pada 180 degree selama lebih kurang 10 minit.
  5. Biskut Sarang Semut sudah sedia untuk dimakan. :P

RESEPI BISKUT ALMOND LONDON .

Alang-alang dah nak puasa boleh la buat kuih raya banyak-banyak.Resepi Almond London



Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5. Sdc12582
    Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  6. Sdc12592
    Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
  7. Sdc12593
    Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  8. Sdc12596
    Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Isnin, 10 Jun 2013

Tips Menghilangkan Jerawat

Makanan yang dapat Menyembuhkan Jerawat



1. Teh Hijau
Teh hijau kaya akan kandungan anti-inflamasi, yang disebut katekin. Katekin membantu mengurangi efek radikal bebas pada tubuh, seperti polusi, sinar matahari, asap rokok dan AC. Selain itu dapat mengatasi masalah jerawat dan tanda-tanda penuaan, seperti kerut dan noda wajah.

2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandung asam lemak esensial yang dibutuhkan kulit. Kandungannya dapat menyehatkan kulit dan mengatasi masalah jerawat. Agar lebih sehat Anda bisa mengonsumsi minyak zaitun dengan sayur-sayuran.

3. Timun
Sayuran dengan kandungan air tinggi seperti timun dipecaya baik untuk kulit berjerawat. Airnya berkhasiat membuang racun-racun yan menyumbat pori-pori. Ditambah lagi, ketimun memiliki efek astringent yang menyejukkan. Jadi efektif untuk meredakan iritasi dan kemerahan pada jerawat. Disarankan mengonsumsi satu buah ketimun setiap hari.

4. Produk Susu Rendah Lemak
Salah satu komponen yang paling penting dari kesehatan kulit adalah vitamin A. Cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan mengonsumsi produk susu rendah lemak . Bahkan, para ahli mengatakan bahwa kesehatan sel-sel kulit kita tergantung pada vitamin A. Kulit sehat berarti kulit yang bebas dengan jerawat.

5. Yoghurt
Yoghurt mampu mencegah bakteri jahat penyebab jerawat berkembang di tubuh. Konsumsilah yoghurt satu-dua porsi sehari. Anda bisa menyampurnya dengan pisang, stroberi atau potongan jeruk.

6. Tiram
Makanan ini biasanya lebih dikenal sebagai penambah gairah seks. Tapi ada satu lagi kegunaannya, yaitu pembasmi jerawat karena kandungan zinc-nya. Zinc berfungsi membantu penyerapan vitamin A dalam tubuh dan mengontrol hormon penyebab jerawat. Tiram yang direbus paling baik untuk menyembuhkan jerawat.

7. Air Putih
Pasti Anda sering mendengar nasihat yang menyuruh minum air putih delapan gelas setiap hari. Ya, air putih memang sangat penting untuk kesehatan tubuh dan kulit. Air putih dapat membuang segala racun di tubuh, termasuk 'racun' yang menyebabkan jerawat. Jika Anda tidak suka minuman yang tidak memiliki rasa, Anda dapat menambah lemon atau daun mint ke dalam air mineral Anda.

Tips Menangani Jerawat yang Membesar

1. Singkirkan masalah dari akarnya
Mengatasi jerawat paling tepat tentu dengan memberantas dari akarnya. Konsultasikan keadaan kulit Anda pada dokter kulit untuk mengetahui penyebab timbulnya jerawat. Bisa saja faktor kesehatan atau lingkungan menjadi penyebab jerawat. Dermatologist Anda mungkin saja akan memberi resep obatsebagai penanggulangan awal, bisa obat oral maupun oles yang mengandung benzoyl peroxide.

2. Rajin Membersihkan Wajah
Jerawat akan lebih sulit ditanggulangi jika wajah berminyak dan tidak bersih. Karena itu, selalu bersihkan wajah setiap hari, saat pagi dan sebelum tidur. Gunakan pembersih khusus jerawat, atau facial foam berformula lembut dan bebas minyak. Bersihkan secara lembut menggunakan air hangat untuk menghilangkan minyak dan kotoran.

3. Cermatlah Memilih Produk
Perhatikan produk wajah yang digunakan, terutama saat jerawat makin parah. Kulit sensitif lebih rentan terkena jerawat jika produk-produk yang digunakan mengandung wewangian, deodoran, atau alkohol. Sebaiknya beli dan gunakan produk yang bebas minyak untuk pembersih, penyegar dan pelembab. Utamakan produk seperti make-up khusus kulit berjerawat sehingga Anda dapat tetap tampil gaya dan tidak memperparah jerawat.

4. Rileks dengan Sauna
Jerawat makin parah, level stres ikut meningkat. Istirahatkan diri Anda sambil melakukan sauna sekali seminggu. Sauna juga bermanfaat membuka pori-pori dan menghilangkan sel-sel kulit mati. Jangan lupa membersihkan sisa keringat setelah sauna dengan mandi air dingin.

7 Tips Untuk Berjaya Dalam Pelajaran



Alhamdulilah setakat ini pencapaian saya dah meningkat sikit.


1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang. Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.

Saya juga mengamalkan bacaan dibawah ini setiap pagi dan malam:



 dan
.

20 Tip Kurus & Berkesan




Tips 1:
Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
Tips 2:
Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
Tips 3:
Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
Tips 4:
Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
Tips 5:
Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
Tips 6:
Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
Tips 7:
Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
Tips 8:
Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
Tips 9:
Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
Tips 10:
Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
Tips 11:
Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
Tips 12:
Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
Tips 13:
Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
Tips 14:
Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
Tips 15:
Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
Tips 16:
Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
Tips 17:
Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
Tips 18:
Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
Tips 19:
Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

Tips 20:
Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Inshaallah berkesan                                                                                                        
                                                                                                                                            

Sabtu, 8 Jun 2013

Bai Bai Ciko & Tompok

Baru sahaja tadi saya bagi kucing saya dekat pemilik kedai Andak Cafe.Nasib baik dia pecinta kucing.Hari ni 8.6.2013.Sedih gila.Dari kecik bela sampai dia dah besar.  :'(                               
I MISS MY CAT!

Rabu, 5 Jun 2013

Cara merawat Kurap Kucing.(Copy Paste)

Salam. 

Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
 

Luar rumah ada kucing kurap? 

Cuba tengok di luar rumah tuan, adakah terdapat kucing yang sakit seperti ini? 

Gambar 1
 
Sebenarnya ada satu lagi gmbr lagi teruk lagi dari yang atas ni.
Gambar ini dipetik dari http://honeybeesyue.blogspot.com 

Jika ada, maka inilah peluang anda untuk masuk ke syurga secara percuma (atau paling mahal pun tak sampai RM50.00). 

Kucing sedang azab menanggung kesakitan dan hampir mati 
Kucing yang merana akibat jangkitan kurap yang kritikal seperti Gambar 1, atau mungkin lebih teruk dari ini - biasanya akan diabaikan oleh masyarakat dan akan mati dalam keadaan azab! 

Soalan:

Jika 100% badan kucing dipenuhi kurap,
dan habis bulunya telah luruh,
dan badannya berketul-ketul,
dan mulutnya sudah tidak boleh makan atau minum dengan baik,
dan kucing itu sangat sakit dan lemah,
masih adakah peluang kucing itu untuk hidup dan kembali sihat?
 

Jawapan: InsyaAllah! Ya, kucing kurap yang kritikal masih boleh dirawat dan kembali normal dalam tempoh 3-6 minggu! 

Saya pernah merawat 2 ekor kucing (ibu dan anak) yang mengalami masalah kurap yang sangat kritikal, lebih teruk dari Gambar 1. Berjalan pun tidak berapa larat, tidak boleh makan/minum dengan baik dan mata pun hampir tertutup di sebabkan jangkitan kurap di seluruh badan dari hujung hidung sampai ke hujung ekor! 

Kucing-kucing tersebut tinggal di rumah seorang jiran. Bukan kucing jiran, tapi kucing terbuang yang menumpang teduh di rumahnya. Jiran saya telah cuba merawat secara luaran, dimandikan dan disapu minyak gamat. Namun, keadaan kucing-kucing tersebut semakin kritikal hari demi hari. Nak buang tak sampai hati katanya.. kesian dan sangat kesian.. Kalau ikut kebiasaannya, kucing yang sakit seperti ini akan mati akibat kelaparan dan menanggung sakit - tak perlu tunggu lama! 

Saya bukan doktor! Bagaimana hendak rawat? 

Ya! Saya bukan doktor atau MA atau misi. Tapi saya yakin, jika kita berfikir sejenak dan mencari jalan, InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian. Man jadda wajada! 

Saya bertekad untuk merawat kucing ini tanpa pengetahuan jiran, sekurang-kurangnya ada sedikit usaha sebelum kucing-kucing ini mati. 

Tapi bagaimana nak buat? Kurap telah membuat kucing-kucing ini sangat sakit, jijik dan amat menjijikkan sehingga saya yang sangat mesra kucing pun geli-geleman nak menyentuhnya! Lagipun ini kucing orang lain - menyibuk tak tentu pasal la pulak.. 

Kena ubah strategi! 

Mmm.. 
Nak suruh jiran hantar klinik haiwan, nanti apa kata dia.. 
Nak suruh dia beli ubat, berapa kosnya? Pandai ke dia? 
Nak pegang - eeiii.. gelinyaa.. 
Nak bawak balik rumah - nanti bini bising la pulak! 

Nampaknya rawatan luaran dah tak berkesan. Ni mesti kena bagi ubat makan atau suntik ni! 

Kebetulan satu hari, saya singgah di Klinik Haiwan Daerah Kemaman. Terus ke bilik rawatan dan bertanya petugas kesihatan bagaimana nak rawat kucing kurap, tapi kucing tak bawak. Mengapa tak bawak? Kucing jiran.. Ooo.. dia faham dan terus bagi ubat suntikan untuk dos tertentu. 

Rawatan suntikan 

Untuk rawatan kurap yang kritikal, dos suntikan adalah seperti berikut: 

Nama ubat: Minta maaf, saya tak ambil nama ubatnya - boleh refer kepada klinik haiwan. 
Dos: 0.1 ml/kg berat kucing. 
Kekerapan: Sekali seminggu untuk 2 minggu (2x suntik sahaja) 
Kos rawatan: DIY - RM10.00 untuk 2 ekor kucing! 
Cara suntikan: Dilute dos ubat dengan sedikit air. Cubit kulit belakang kucing dan cucuk jarum suntikan ke bawah kulit. Suntik ubat secara perlahan. 

Lepaskan kucing - anda akan melihat kucing itu berguling-guling menahan kesakitan akibat ubat ini - tapi ini kesan sementara sahaja. Nasib baik jiran saya takda kat rumah masa tu! Twisted Evil 

Selepas seminggu, sekali lagi saya tangkap kucing-kucing tersebut. Kali ini jiran saya ada di rumah. Buat apa tu? Cucuk ubat! Jiran saya hairan.. bila masa jadi doktor? Bukan diktor, bidan terjun! 

Minggu ke-3, semua kurap telah luruh. Bulu-bulu telah tumbuh kembali. Kucing-kucing kembali aktif dan berselera untuk makan. 

Alhamdulillah, kucing yang nazak telah kembali sihat. 

Man jadda wa jada! 

Ubat makan - Ketoconazole 

Jika kucing anda masih boleh makan dan anda malas nak cuci kurapnya dengan ubat sapu atau antiseptik, maka ketoconazole la jawapannya! 

Apa itu ketoconazole? Ketoconazole adalah ubat pil untuk merawat penyakit kulit akibat fungus seperti kurap dan panau bagi manusia! 

Di mana boleh beli? Hampir semua farmasi ada menjualnya - cuma perlu tahu dan tanya! Tak mahal pun, kalau tak silap dalam RM1/biji untuk ketoconazole 200mg - lebih kurang lah. 

Sebiji ketoconazole 200mg hendaklah dibelah 6 - iaitu dalam 30mg/bahagian. 

Dos: 10-15mg/kg berat kucing 
Kekerapan: Sekali sehari untuk 6 hari. Jika tak baik juga, tambah 7 hari lagi. 

Peringatan: Jangan bagi 1 biji 200mg sekaligus, nanti kucing hilang selera makan, muntah dan mungkin mati! 

Sila rujuk http://www.showcatsonline.com/x/ketoconazole-and-ringworm.shtml untuk dos yang sesuai! 

Kebiasaannya, saya beri 3 hari sahaja sebab kucing saya memang susah makan ubat! Bila kita bubuh ubat dalam mulutnya - dia ludah balik! Klepuk! klepuk! saya taji kepada dia - susah sangat makan ubat! Meoowww!!! Melawan la tuu... 

Cecair antiseptik (Dettol atau seangkatannya) 

Untuk kurap yang tidak serius atau luka-luka kecil, maka boleh sembur dengan cecair antiseptik sahaja. 

Dos: Cairkan 1 bahagian larutan antiseptik (Dettol/Pathol dsbnya) dengan 2 bahagian air. Simpan dalam botol spray (botol plastik air wangi pun jadi - janji boleh spray) 

Bila tuan-tuan nampak telinga kucing ada tanda-tanda kurap, tangkap kucing dan spray kat telinga. Awas! Jangan kena mata kucing - sangat pedih dan memedihkan. Kalau nak tahu, try sembur kat mata sendiri! Laughing Laughing 

Sembur untuk beberapa hari, InsyaAllah hilanglah kurapnya. 

Minyak gamat 

Minyak gamat lebih selamat untuk kucing - selamat jika dijilat atau tertelan, lagipun tidak memedihkan mata. 

Saya tidak mengamalkannya, tapi jiran saya selalu bubuh kat kucing dia. Kira boleh la tuu.. 

Tetapi, cecair antiseptik dan minyak gamat hanya sesuai untuk kurap yang 'lembut' sahaja. Jika kucing mengalami kurap yang kritikal, maka kaedah suntikan dan ketoconazole adalah cara terbaik. 

Wallahu a'lam 

Kesimpulan 

Rawatlah kucing yang sakit dengan sikap berperikemanusiaan. 

Berbalik kepada hadis di atas, maka renungkanlah diri kita berbanding pelacur tersebut. Adakah kita lebih teruk dari pelacur? 

Jika jawapannya tidak, maka tersenyumlah wahai tuan-tuan. Jika pelacur pun boleh diampunkan oleh Allah, maka kita berdoalah agar Allah mengampuni dan merahmati hidup kita - semoga kita kembali kepada Allah dengan penuh redhaNya. 

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers