Selasa, 28 Januari 2014

B6D2E1 : Kepentingan Sistem Respirasi (T3)

Assalammualaikum :)

B6D2E1 : Kepentingan Sistem Respirasi


Buku Skrap anda semua hendaklah mempunyai :
1.Penjelasan tentang bahan cemar
2.Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi 
3.Amalan mengekalkan udara yang bersih
4.Cara meperbaiki kualiti udara
5.Gambar-gambar yang bersesuain.


Bahan Pencemar
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
5 Bahan Pencemar :

Asap Rokok:
Asap rokok mempunyai banyak bahan yang membahayakan.Antaranya ialah nikotin,tar,karsinogen dan karbon monoksida.

Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperoleh dari asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya dari asap kilang.Gas ini juga beracun . Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyeksakan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan penafasan,batu,sukar bernafas,bronkitis dan kanser peparu.

Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan , pembakaran terbuka dan kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus seperti habuk dan asap.


Toksin
Toksin dibebaskan keudara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api.Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada di dalam udara.Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi
Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.
             
Asma
Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

Bronkitis
Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

Emfisema
Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.
Kanser Peparu
Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Semoga dengan maklumat ini, kita akan lebih berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan yang berterusan.

Amalan Mengekalkan Udara Yang Bersih
Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:
1. Tidak melakukan pembakaran terbuka
2. Tidak merokok di tempat terbuka
3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Cara Memperbaiki Kualiti Udara
Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.


3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.

4) Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

5) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.

6) Menggunakan pengangkutan awam
Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.


7) Tanam lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.

8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.

Sekian, komen jangan x komen.
Terima kasih dari Cikgu Hailmi ! Yeahhh


Isnin, 13 Januari 2014

Cerita time Mak Abah pergi Haji

Assalammualaikum.

Hah, sebelum aku terlupa, time abah and mak pergi haji aku tinggal dengan cousin,cousin,aunt and uncle dekat Ulu Tiram , Johor Bahru (JB). Ni lah keluarga pak cik aku.Dari kiri Farhan,Cik Jais, Cik Ndok(Hanya nama panggilan) and Ain.


4.10.2013
It is very sad when I had to see my parents go performed Hajj without me.  Huhu. Sedih gila time ni. Rasa nak nangispun ada tapi sebab ada ramai orang, tu hah sebabnya aku tak nangis.Tapi lepas hantar mak abah kat airport, aku terus balik rumah pak cik aku. Kat situ baru aku nangis kat katil . Hahah!  Lepas jer puas nangis aku pun pergi solat,mandi and bla bla bla~ Then aku pergi jalan-jalan kt JB ! Hah ni yang best . Wkwk ! Ok dah, end cerita untuk hari pertama.


 (Dekat Airport Senai)

Esoknya (Sabtu) aku pergi Planet Gempak. Haha , syok la juga. 

9.10.2012
Time ni aku dah mula sekolah dekat SMK Ulu Tiram kelas 2 RKIR . Time tu aku datang sekolah pukul 6.00am. Masih kosong kelas tu, so kena tunggu lama-lama. Baru lah sorang sorang datang. Ni hah rakan sekelas aku , tapi buakn semua ada :

Cantikkan meja diaorang. Tapi kat sana nak cari meja bersih susah woo~ Apa apa pon memang best gila lah sekolah diaorang ni. 2 kali ganda lagi besar dari sekolah aku.Dah dah. Pastu aku ada periksa akhir tahun, aku dapat 2A 5B 1D. Dia punya format peperiksaan dia berlainan dengan sekolah aku. So agak susahlah sikit nak score tu.

Bla bla bla~ Jalan-jalan ~Bla bla bla~ Shopping ~Bla bla bla~ sekolah ~bla bla bla.Akhrinya dah 15.11.2013. Yeah Daddy n Mommy balik. Haha. Penantian ku selama ini berbaloi. Dapat la juga aku cenderemata dari Arab.

Sekian Terima Kasih. Sebenarnya banyak lagi cerita tapi malas nak taip.




Ahad, 5 Januari 2014

Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid


Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers