B6D2E1 : Kepentingan Sistem Respirasi
Buku Skrap anda semua hendaklah mempunyai :
1.Penjelasan tentang bahan cemar
2.Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi
3.Amalan mengekalkan udara yang bersih
4.Cara meperbaiki kualiti udara
5.Gambar-gambar yang bersesuain.
Bahan
Pencemar
Pencemaran udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh
menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain
serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera.
5 Bahan Pencemar :
Asap
Rokok:
Asap rokok mempunyai banyak bahan yang membahayakan.Antaranya
ialah nikotin,tar,karsinogen dan karbon monoksida.
Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperoleh dari asap kenderaan. Gas beracun ini
tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan
hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.
Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya dari asap kilang.Gas
ini juga beracun . Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyeksakan!
Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan
penafasan,batu,sukar bernafas,bronkitis dan kanser peparu.
Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap ekzos kenderaan , pembakaran
terbuka dan kebakaran hutan.Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat
halus seperti habuk dan asap.
Toksin
Toksin dibebaskan keudara melalui asap rokok, wasap ekzos
kenderaan dan juga pembakaran bahan api.Contoh toksin yang membahayakan adalah
sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada di dalam udara.Toksin ini
menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu,
batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.
Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi
Penyakit
sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut
daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah
akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan
gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan
kepada sistem respirasi manusia.
Asma
Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap
industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat
dan juga batuk.
Bronkitis
Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh
tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini
adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.
Emfisema
Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar
dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar
terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit
ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.
Kanser Peparu
Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen
penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang
berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.
Semoga dengan maklumat ini, kita akan lebih
berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan yang
berterusan.
Amalan Mengekalkan Udara Yang Bersih
Perlakuan dan amalan
kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita
sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan
kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan
udara yang sihat adalah dengan:
1. Tidak melakukan pembakaran terbuka
2. Tidak merokok di tempat terbuka
3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan
Cara Memperbaiki Kualiti Udara
Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat,
kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada.
Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah
dengan:
1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang
terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis
apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan
berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan
kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam
menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam
sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai
perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih
baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan
pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit
menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.
4) Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan
pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah
lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama
bersama-sama mengurangkan pencemaran.
5) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat
mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di
jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah
lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara,
amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.
6) Menggunakan pengangkutan awam
Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan
penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan
pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang
berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas
ke udara.
7) Tanam lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti
udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas
karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan
oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak
dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang
melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran
kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan
kualiti udara.
Sekian, komen jangan x komen.
Terima kasih dari Cikgu Hailmi ! Yeahhh
Terima kasih dari Cikgu Hailmi ! Yeahhh
kepentingan menjaga sistem respirasi yang sihat ada tak?
BalasPadamSy copy yer. Thanks. And I'm not a student of SMKSI
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamWaalaikummusalam
PadamSy nk tny ckt.. yg penyakit tu, 4 sja xpa ka? sbb penyakit tu ada 6 semua.. batuk kering dgn pneumonia aja xdk.. sy pn tgh buat pbs tu jgk.. keliru skt..
BalasPadamhttp://painestewart77.blogspot.com/2014/02/kepentingan-sistem-respirasi-yang-sihat.html
Padamamaln memerlukn udra yg brsih tdk memerlukn huraian ker????
BalasPadamsekolah sendiri kupik
BalasPadamaku copy boleh sebab aku bukan kolah kau
BalasPadamAsalamualaikum....hai...i am not a smksi students....terima kasih kerana mengongsi maklumat ini....
BalasPadamSy copy yer. Thanks. And I'm not a student of SMKSI
BalasPadamsye nk copy.. i'm not student of SMKSI
BalasPadamtengkiu,
BalasPadamlove you
tq 4 some information ...it can help me finish my folio completely...
BalasPadamMaklumat ini amat membantu . Cuma , objektif dengan kesimpulan memang tak disertakan ya ?
BalasPadambaekk ar.terima kasih cikgu.
BalasPadamTHANKS FOR THAT INFORMATION.SHARING IS CARING
BalasPadamtlg masukkan objektif dan kesimpulan . terima kasih . saya sentiasi menyokong cikgu
BalasPadamThanks a lot
BalasPadamsaya nk copy.. terima kasih bnyk2 :) thankyou
BalasPadamthank you for this information
BalasPadamTERIMA KASIH UNTUK FOLIO SAYA!!!!
BalasPadamsyukur jumpe blog ni :)
BalasPadamthanks bntu sy untuk siapkn buku scrap :) sy nk copy tau !
BalasPadam