Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum,

Sekejap jer kan dah nak raya.Mesti ramai tengah buat persiapan kan ?
Aku pun tengah buat persiapan hari raya.

Aku nak mintak maaf la kalau ada salah silap , terkasar bahasa sepanjang aku tulis ni.
Selamat Hari Raya aku ucapkan untuk pembaca blog ni.
Nak duit raya ? Datang rumah aku dulu makan kuih :*  .

Koleksi pantun SMS Hari Raya:

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

emersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
 
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers