Selasa, 30 Julai 2013

Cikgu Zainab

Assalammualaikum





Malam yang indah deruan angin menerpa wajah
Dingin menyelimuti langkah penuh keikhlasan
Renungan hanya untuk sebuah kejayaan
Berfikir hanya untuk sebuah keberhasilan

Tiada lafaz seindah tutur katamu
Tiada penawar seindah senyuman mu
Tiada hari tanpa sebuah bakti
Menabur benih kasih tanpa rasa lelah

Hari demi hari begitu cepat berlalu
Tiada rasa jenuh terpancar di wajah mu
Semangat mu terus berkobar
Memberikan kasih sayang tiada rasa jemu

Jika engkau akan melangkah pergi
Ku tau  langkahmu penuh pengorbanan
Jika dirimu telah tiada dirimu kan selalu di kenang
Kau adalah pahlawan tanpa lencana.

Kaulah guru sejarah ku.


Tak best sejak cikgu pindah.Kita orang semua rindu cikgu.
Bila kita orang pergi bilik guru mesti tengok meja cikgu. Ingat cikgu duduk kat situ buat kerja.
Sejak pindah kelas tak best macam dulu.Cara cikgu mengajar lah paling best
Cikgu nanti lawat sekolah seri intan tau.
Cikgu kalau ada peluang ajar la kat sini balik.
Kita orang semua rindu cikgu.
Selamat Hari Raya Cikgu.


From : Fahmi dan kelas 2 bestari yang lama.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers