Ahad, 6 Julai 2014

PT3 Sejarah i


Kepentingan Perpaduan Kaum

1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

Menghuraikan Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum


1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri 

Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri  yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.  Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 

2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar.  Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.  Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.  

3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif  dengan menggalakkan rakyat saling  mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.  

4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya sastera seperti “Seuntai Kata Untuk Dirasai”, “Dirgahayu Bahasaku” dan sebagainya daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi.

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum


Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Birth

PitaPata Cat tickers